Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:
Sementara
hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan
daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :
Sebenarnya
banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan
bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh
itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah
berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.
Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.
1. Mengunakan rambut palsu
3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.
4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.
5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.
Kesemua
yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang
yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal
tersebut kepada yang meminta kepadanya.
Begitu
juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada
sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka
boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami.
Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya
menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga
suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara
yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi
diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan
cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.
Oleh
itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah
melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah
S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak
untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah
S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.
*Artikel
ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan
Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*
Tidak ada komentar:
Posting Komentar